Sunday 10 April 2016

PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR MURID TAHUN 6 2016

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Murid tahun 6 telah diadakan di Dewan Tun Fatimah , SK Tun SAS. Program yang dianjurkan oleh JK Kecemerlangan Tahun 6 dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling SK Tun SAS ini diadakan selama sehari melibatkan seramai 166 orang murid Tahun 6.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar ini telah dikendalikan Jazim Motivation Group . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh, merangkap Pengerusi PIBG SK Tun SAS. Turut hadir bersama ialah barisan GPK SK Tun SAS ,guru-guru tahun 6 SK Tun SAS serta semua fasilitator daripada Jazim Motivation Group.

Ucapan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia,Tn. Hj. Mohd Arif  kerana sudi merasmikan program ini.









  

No comments:

Post a Comment