Friday 26 February 2016

PROGRAM SUAPAN KASIH KHAS UNTUK CALON-CALON UPSR 2016

Program Suapan Kasih ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS di Dataran Tun Tuah selepas program Bacaan Yassin hari ini.
Program yang dijalankan ini adalah sebahagian daripada Program Kecemerlangan Tahun 6 2016 . Ianya bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang keperihatinan warga sekolah kepada calon-calon UPSR 2016.
Selain daripada itu ianya juga adalah sebagai motivasi kepada murid tahun 6 agar lebih berusaha dalam menempuh UPSR yang akan dihadapi pada tahun ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Pn. Hjh. Rose Marina binti Md Said,Guru Besar SK Ayer Keroh atas kesudian bersama-sama menjayakan program ini.









No comments:

Post a Comment